Aksi penyerang negara, Darren Lok dalam perlawanan persahabatan Tier 1 hanya bertahan 13 minit ketika menentang New Zealand sebentar tadi.
Penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama pada minit ke-13 selepas mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.
Oleh sebab itu, jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti membuat keputusan untuk memasukkan Akhyar Rashid sebagai pemain gantian.
Darren Lok menjadi taruhan utama Pau Marti bergandingan dengan Arif Aiman dan Romel Morales di bahgian serangan.
Sebelum ini, Harimau Malaya berjaya mengikat kelab A League, Auckland FC dengan keputusan seri 1-1.
Ketika ini, tamat separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan. Kedua buah pasukan buntu mencari jaringan. Ikuti siaran langsung Makanbola.