Aksi Hong Kong Bertemu Malaysia Di Stadium Sultan Ibrahim Berlangsung 28 Mac
Asia
Advertisements

Malaysia difahamkan bakal bertemu dengan Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA pada bulan Mac ini.

Aksi anak buah Kim Pan-gon ini bakal menyaksikan pertemuan ulangan setelah Malaysia pernah berdepan dengan pasukan tersebut pada satu aksi persahabatan tahun lalu.

Pertemuan ini sudah tentu menjadi tumpuan tatkala ramai pihak yang teruja untuk melihat kemajuan aksi Harimau Malaya sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan ini.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA), mereka sah bakal menghadapi Singapura dan Malaysia bulan Mac ini.

Pasukan yang berada pada tangga ke-146 dunia ini bakal berdepan Singapura terlebih dahulu sebelum ke Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Mac bertemu Malaysia.

Pan-gon dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa pertemuan ini adalah hasrat daripada pengendali Hong Kong yang kelihatan mahu membalas dendam susulan kekalahan lalu.

Advertisements

Namun begitu, jurulatih berusia 54 tahun ini menyambut kedatangan tersebut dengan hati yang terbuka bagi mempersiapkan pasukan.

Malaysia bakal menjadikan perlawanan ini bagi mendapatkan kesebelasan terbaik dan menguji kemampuan pemain-pemain yang dipanggil bagi menggalas tugas negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram