Aksi idaman antara Indonesia dan skuad muda Malaysia bakal berlaku bagi aksi separuh akhir Piala AFF B-19.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat Thailand dengan keputusan 1-1.
Hal ini memastikan skuad muda negara selaku juara bertahan edisi lalu berjaya melangkah ke separuh akhir buat kali ke-5 berturut-turut.
Skuad muda negara merakamkan kemenangan 11-0 ke atas Brunei sebelum menundukkan Singapura 5-0 namun hanya mengutip satu mata menentang Thailand.
Malaysia B-19 bakal berdepan skuad muda Indonesia yang muncul juara Kumpulan A dengan 9 mata pada 27 Julai 2024.
Indonesia turut memiliki reputasi baik pada kejohanan kali ini apabila menewaskan Filipina 6-0, Kemboja dengan 2-0 dan juga Timor Leste dengan keputusan 6-2.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan antara juara Kumpulan B iaitu Australia dan juga Thailand B-19.
Aksi Indonesia B-19 dan Malaysia B-19 bakal berlangsung pada hari Sabtu, 27 Julai 2024 jam 8:30 malam di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.