Aksi Kasar Everton & VAR ‘Sekat’ Kebangkitan Liverpool
EPL
Advertisements

Liverpool di ‘spoil’ kan oleh VAR yang membatalkan jaringan Jordan Henderson pada waktu tambahan ketika kedua-dua pasukan berada pada kedudukan 2-2 di Goodison Park.

Sebelum ini Liverpool dimalukan Aston Villa 7-2 dan kelihatan cuba bangkit dengan baik apabila Sadio Mane berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-3 perlawanan.

Satu kejadian yang menakutkan berlaku apabila Virgil van Dijk yang naik ke atas cedera teruk apabila diterjah penjaga gawang Everton, Jordan Pickford.

Advertisements

Ketiadaan Virgil van Dijk digunakan Everton sebaik mungkin dengan Michael Keane menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut melepasi jagaan Andrian.

Mo Salah kembali menceriakan kem Liverpool dengan sepakan derasnya pada minit ke-72 menerjah jaring Everton akan tetapi Everton pantas menyamakan kedudukan selang beberapa minit kemudian menerusi Dominic Calvert-Lewin.

Liverpool dan penyokongnya berfikir mereka sudahpun memenangi perlawanan namun jaringan Henderson dinafikan VAR apabila Sadio Mane didapati offside sebelum itu.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan 2-2 sehingga wisil tamat dibunyikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram