Aksi Malaysia & Arab Saudi Bakal Jadi Kenyataan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang Piala Asia 2023 yang diadakan pada Januari tahun hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sibuk mengatur beberapa aksi persahabatan sebelum kejohanan itu bermula. Dan satu daripadanya bakal menjadi kenyataan iaitu aksi persahabatan membabitkan Malaysia dan Arab Saudi.

Difahamkan aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dan Arabian Falcons itu bakal diadakan sekitar Disember ini atau Januari 2024. Bagaimanapun, venue untuk aksi persahabatan itu masih tidak didedahkan.

Bagi kedua-dua pasukan, ini bukan sekadar meninjau kesiapsiagaan kedua-dua pasukan untuk Piala Asia 2023. Tetapi ini juga peluang mengetahui taktik dan corak permainan pasukan serantau yang berada dalam kumpulan masing-masing.

Advertisements

Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Sementara Arab Saudi pula berada dalam Kumpulan F bersama Thailand, Kyrgyztan dan Oman.

Bagi Kim Pan-gon, ini merupakan peluang terbaik menguji keupayaan anak-anak buahnya bila berdepan pasukan bertaraf gergasi Asia dari segi fizikal mahupun mental. Dengan Arabian Falcons pernah mengalahkan Argentina dalam Piala Dunia 2022, ini merupakan ujian sukar buat Harimau Malaya.

Advertisements

Arab Saudi dijangka bukan satu-satunya pasukan yang bakal diuji Harimau Malaya sebelum Piala Asia 2023 bermula. Difahamkan Oman juga sudah bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara di Qatar pada awal Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram