Aksi Malaysia-China Bakal Sepi Tanpa Ultras
Harimau Malaya
China Sports Vision 2050
Advertisements

Aksi persahabatan Malaysia dan China yang bakal diadakan pada 9 September ini di Chengdu dijangka sepi tanpa kehadiran ultras.

China Sports Vision 2050 melaporkan untuk dua aksi persahabatan China pada September ini, penyokong hanya dibenarkan hadir secara individu dan bukan secara berkumpulan.

Tidak diketahui apa yang mendorong arahan tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun, China Sports Vision 2050 percaya langkah ini ada kaitan dengan tifo yang didakwa memalukan Persatuan Bola Sepak China (CFA).

Advertisements

Baru-baru ini, sekumpulan ultras menghasilkan tifo hitam putih terbalik di mana secara tidak langsung mengubah pepatah Cina yang ditulis pada tifo berkenaan. Insiden tersebut dianggap memalukan badan induk bola sepak negara itu.

Bagi mengelak perkara sama berulang terutama dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, larangan ultras dikuatkuasakan CFA untuk dua perlawanan berkenaan.

Advertisements

Arahan ini sedikit sebanyak mengurangkan kemeriahan atmosfera perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan. Ini kali pertama Malaysia dan China bertemu dalam tempoh sedekad.

Kali terakhir Harimau Malaya dan Dragon’s Team bersemuka ialah pada 2013 dengan Malaysia tunduk 2-0 kepada tuan rumah. Justeru, aksi persahabatan pada 9 September ini dilihat peluang buat anak-anak buah Kim Pan-gon membalas dendam terhadap China.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram