Advertisement
Aksi Oman & Malaysia Akan Disiarkan Secara Percuma Di Sukan RTM
Harimau Malaya
MakanBola
RTM

Aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bakal menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air tatkala pertemuan menentang pasukan di ranking ke-80 dunia iaitu Oman.

Menerusi kenyataan di platform media rasmi Sukan TV RTM, perlawanan tersebut akan disiarkan secara percuma di saluran TV Okey, 146 Astro, 110 MYTV dan Sukan TV RTM.

Perlawanan pertama antara Oman berdepan Malaysia akan berlangsung pada jam 2 pagi, awal pagi Jumaat ini manakala aksi kedua pula ditempatkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan, jam 10 malam.

Dalam pada itu, di peringkat Kumpulan D anak buah Kim Pan-gon mendahului dengan enam mata sementara Oman mengutip tiga mata yang ketika ini berada di tangga kedua.

Untuk rekod, kedua pasukan yang berada di kedudukan teratas bakal mengesahkan slot di pentas kelayakan Piala Asia 2027 sekaligus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.