Penyokong kelab Liga Super, Kelantan FC, memuji impak pemain import baharu pasukan, Nuha Marong yang memberi impak segera sejak dibawa masuk baru-baru ini.
Pemain pasukan kebangsaan Gambia ini merupakan pengganti yang dibawa bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Brazil, Nixon.
Beliau jelas mudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang cuba diterapkan oleh ketua jurulatih, Choi Moon-sik.
Turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang UITM FC semalam, pemain berusia 29 tahun ini cemerlang merekodkan dua bantuan gol dan juga meledak satu gol.
Keserasian yang ditunjukkan oleh Nuha bersama rakan sepasukan jelas telah membantu untuk menajamkan lagi jentera serangan The Red Warriors untuk mencatat kemenangan 3-0.
Beliau dikesan bijak mencari ruang dan peluang untuk membantu rakan sepasukan memperoleh peluang untuk meledak.
Malah, Nuha berjaya mencatatkan 4 cubaanntepat ke arah gawang gol UITM namun hanya satu yang singgah ke dalam gawang gol lawan.
Prestasi baiknya ini mendapat respon positif penyokong Kelantan yang mahu beliau segera menyesuaikan diri.
“Pandai Nuha cari ruang untuk menerima hantaran daripada rakan”
“Hebat boleh catatkan satu gol dan dua bantuan gol,” kata Mizzwan Rusli.
Sedutan Aksi Kelantan: TRW FC
Kelantan kini serius mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula musim baharu.