Advertising
Aksi Pemilik Nottingham Forest Tunggu Pemain Di Terowong
MakanBola
Nottingham Forest FC

Pemilik kelab Nottingham Forest, Evangelos Marinakis sanggup menunggu di terowong City Ground untuk meraikan kemenangan bersama barisan pemain pasukan itu.

Ini selepas Forest meraih kemenangan ke atas Aston Villa dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jhon Duran meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-63. Dua gol lewat Forest menerusi Nikola Milenkovic dan Anthony Elanga memastikan pasukan itu kini menduduki kelompok empat pasukan terbaik EPL.

Ad

Forest kini memintas juara bertahan, Manchester City dan menduduki tempat keempat dengan 28 mata. Kedudukan ini dijangka berubah jika City berjaya mengalahkan musuh setempat mereka, Manchester United.

Ad

Itu tidak menghalang Marinakis menunggu para pemain di terowong stadium selepas tamat perlawanan untuk meraikan kemenangan kelapan mereka dalam EPL musim 2024/25.

View this post on Instagram

A post shared by Nottingham Forest (@officialnffc)

Ad
Ad

Selain bersalaman dengan para pemain dan staf kejurulatihan diketuai pengurus, Nuno Espirito Santo, jutawan Greece itu turut memeluk bekas pemain sayap Chelsea, Calum Hudson-Odoi.

Ad

Kejayaan ini dijangka membakar semangat Forest untuk memburu kemenangan ke atas Brentford pada 21 Disember ini.