Aksi Penyerang Veteran Ini Hanya Bertahan 53 Saat
MakanBola
EFL
Sponsors

Segalanya seperti mimpi ngeri buat penyerang veteran Doncaster Rovers, Billy Sharp apabila aksinya di atas padang hanya bertahan 53 saat sahaja.

Penyerang berusia 39 tahun itu itu dibawa masuk jurulatih Doncaster, Grant McCann pada minit ke-71 perlawanan dalam aksi menentang AFC Wimbledon pada Sabtu.

Ad

Namun aksinya di atas padang hanya bertahan 53 saat selepas beliau dilayangkan kad merah dan diperintahkan keluar padang.

Ad

Billy Sharp dikesan melakukan kekasaran ke atas pemain Wimbledon ketika bola sudah keluar daripada permainan.

Video yang dikongsikan Sky Sports di laman X itu telah tular dan sehingga kini ianya disaksikan lebih 1.2 juta kali tontonan.

Ad

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan dua kad merah dilayangkan sepanjang permainan berlangsung.

Ad

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments