Aksi Persahabatan All Star Kedah & Malaysia Ditangguhkan
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Aksi persahabatan membabitkan All Star Kedah dan All Star Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 11 April ini ditangguhkan.

Pengumuman ini dibuat pemegang saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Daud Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Ad

Penangguhan perlawanan dibuat kerana tetamu khas Sang Kenari, Ricardo Quaresma tidak dapat terbang ke Malaysia pada 7 April 2025 seperti yang dijadualkan.

Ad

Ini selepas ahli keluarga legenda Portugal itu dilaporkan tidak sihat dan kini menerima rawatan di hospital. Justeru, Quaresma memilih untuk bersama keluarga dalam tempoh yang sukar itu.

“Ricardo turut menyampaikan permohonan maaf kepada semua peminat menerusi satu video ucapan khas, dan menyatakan komitmennya untuk hadir ke Stadium Darul Aman pada satu tarikh yang akan ditetapkan semula,” katanya.

Ad

“Beliau mencadangkan tarikh 22 April 2025, namun pihak penganjur masih meneliti kesesuaian tarikh tersebut memandangkan pasukan KDA FC bakal menghadapi perlawanan terakhir Liga Super menentang Terengganu FC dalam tempoh yang sama.

Ad

“Sebaik sahaja tarikh rasmi baharu dimuktamadkan, kami akan maklumkan kepada semua penyokong melalui saluran rasmi kelab.”

Ad

Aksi tersebut bakal menampilkan ramai legenda Kedah dan Harimau Malaya seperti Indra Putra Mahayuddin, Hardi Jaafar, Azamuddin Akil, Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen.

Quaresma juga dijangka membarisi pasukan All Star Kedah sebagai pemain jemputan dalam aksi berkenaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments