Aksi Selangor & JDT Di Stadium MBPJ Bakal Suram Tanpa Penonton
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi Liga Super 2024/2025 yang membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ kelak akan diadakan dengan ketidakhadiran para penonton.

Hal ini susulan daripada denda yang dikenakan terhadap pasukan Selangor oleh pihak Malaysian Football League (MFL) selepas keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini.

Ad

Selangor didenda selepas skuad Merah Kuning memilih untuk menarik diri daripada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, pada 10 Mei lalu. Keputusan penarikan diri Selangor ketika itu turut menerima perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mana baginda menyokong untuk Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24.

Ad

Menerusi keputusan mesyuarat tersebut, MFL dalam kenyataan juga memaklumkan bahawa Selangor dikenakan denda sebanyak RM100 ribu dan pasukan Merah Kuning perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL. Disebabkan penarikan diri tersebut, Selangor turut dikenakan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2023/2024.

Menurut MFL, empat denda yang dikenakan terhadap Naib Juara Liga Super 2023 ini adalah hasil daripada perbincangan dan mengambil kira pertimbangan beberapa faktor. Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara bersetuju untuk menetapkan keputusan tersebut.

Ad

Selangor ketika ini menghuni kedudukan kedua sementara JDT terus unggul menerajui kedudukan pertama dalam kempem Liga Super Malaysia 2023/2024.

Ad