Aksi Tembak Langit Darwin Nunez Bernilai RM 446 Juta
MakanBola
TV9
Sponsors

Penyerang baharu pasukan Liverpool, Darwin Nunez mengesahkan kehadirannya ke dalam skuad Jugen Klopp dengan aksi yang kurang memberangsangkan selepas mereka tewas 4-0.

Pemain berusia 22 tahun dimasukkan pada separuh masa kedua untuk menajamkan lagi jentera pasukan selepas ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Ad

Sungguhpun mempunyai beberapa peluang, percubaan Nunez berjaya digagalkan oleh barisan pertahanan United yang kelihatan lebih bersedia.

Ad

Detik penting hadir pada hujung babak kedua permainan apabila satu serangan balas yang direncanakan oleh Mohamad Salah telah melakukan percubaan yang singgah di tiang gol United.

Namun begitu, bola itu melantun kepada bekas penyerang Benfica namun beliau gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan di hadapan gawang yang terbuka melambung tinggi.

Ad

Beliau terus terduduk apabila melihat cubaannya itu tersasar jauh sekaligus menutup peluang untuk menjaringkan satu gol pun pada malam ini.

Ad

Hal ini menyebabkan Liverpool terpaksa hampa untuk tewas besar 4-0 kepada musuh tradisinya itu pada aksi kali ini.

Ad