Al-Hilal Bakal Bina Kingdom Arena
MakanBola
Al-Hilal

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal bakal memiliki stadium baru pada tahun hadapan selepas memeterai perjanjian untuk membina Kingdom Arena.

Saudi Gazette melaporkan perjanjian ini dimeterai membabitkan pengerusi Al-Hilal, Fahad Bin Saad Bin Nafel dengan pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA), Turki bin Abdul Mohsen AI-Sheikh beberapa hari lalu.

Menerusi perjanjian ini, The Blue Waves akan membina Kingdom Arena dengan jangkaan stadium ini siap sekitar tahun 2024. Apabila ia siap, stadium ini mampu memuatkan 26,000 orang penonton dan bakal dilengkapi dengan teknologi terkini.

Ad

Pengurusan Al-Hilal sudah memberi jaminan Kingdom Arena bakal memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Saudi Pro League, AFC dan FIFA.

Ad

Apabila stadium ini siap, ia bakal digunakan buat kali pertama untuk kejohanan bola sepak Riyadh Season. Riyadh Season secara ringkasnya ialah festival kebudayaan, hiburan dan sukan yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi dari Oktober hingga Februari.

Kejohanan ini bukan saja menampilkan Al-Hilal dan Al-Nassr. Malah, satu pasukan antarabangsa yang tidak dinamakan bakal menyertai kejohanan ini dengan format liga tiga pasukan.

Ad

Bagaimanapun, tarikh kejohanan yang tidak dinamakan itu masih belum didedahkan.