Al-Hilal Tawarkan RM3.5 Bilion Bawa Kylian Mbappe Hangatkan Bola Sepak Asia
Transfer
PSG – Paris Saint-Germain
Advertisements

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan gaji rekod dunia €700 juta (RM3.5 bilion) setahun kepada bintang utama PSG, Kylian Mbappe untuk berpindah ke kelab berkenaan.

Selain gaji rekod dunia berkenaan, PSG juga telah menerima yuran perpindahan rekod dunia berjumlah €300 juta (RM1.5 bilion) yang difailkan Blue Waves hari ini.

Bagaimanapun, menurut wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano, belum ada perbincangan yang sedang diatur antara Al-Hilal dengan bekas pemain AS Monaco itu.

Advertisements

Bidaan dibuat selepas PSG memutuskan untuk tidak menyertakan Mbappe daripada menyertai jelajah pra-musim mereka di Jepun dan Korea Selatan.

Ini susulan tindakan penyerang Perancis itu menghantar surat formal kepada kelab yang menyatakan keinginannya untuk tidak menyambung kontrak. Kontrak beliau yang berbaki setahun akan tamat pada musim hadapan.

Les Parisien mengesyaki Mbappe telah menerima tawaran perpindahan ke Real Madrid sebagai ejen bebas pada akhir musim hadapan. Bagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh kapten Les Bleus itu.

Advertisements

Selain gaji rekod dunia untuk tempoh dua musim, Blue Waves bersedia menyertakan klausa perlepasan yang membenarkannya menyertai Los Blancos pada musim hadapan.

Sebelum ini, Mbappe hampir menyertai Real Madrid pada musim panas lepas sebelum kemudiannya memperbaharui kontrak bersama Les Parisien.

Ketika ini, rekod perpindahan dunia masih dipegang Neymar menerusi perpindahan bernilai €222 juta (RM1.1 bilion) dari Barcelona ke PSG pada 2017.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram