Kelab terkemuka Arab Saudi, Al Nassr dilaporkan memburu pemain sayap Manchester United, Antony.
Perkara ini dikongsikan oleh Football Insider, yang menyatakan bahawa Al Nassr sedang mencari pemain sayap yang berkualiti bagi aksi Saudi Pro League.
Hal ini terjadi apabila Al Nassr gagal mencapai persetujuan dalam cubaan untuk membawa bintang Barcelona, Raphinha.
Antony antara calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu oleh kerana pengalaman beliau yang pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo ketika di Manchester United musim lalu.
Menurut laporan, Al Nassr membuka tawaran sebanyak RM48 juta untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Ajax itu.
Untuk rekod, Antony membuat 85 penampilan, berjaya menjaringkan 13 gol serta 7 bantuan gol sejak menyertai Manchester United musim 2022/23.
Ketika ini, Antony bersama The Red Devils bagi aksi pra-musim menjelang perlawanan pertama Community Shield yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2024.