Al-Nassr Tagih Sentuhan Cristiano Ronaldo Kukuhkan Cengkaman Liga
MakanBola
Al-Nassr FC
Sponsors

Awal pagi esok, Al-Nassr bakal berdepan Ettifaq untuk saingan Liga Pro Arab Saudi. Perlawanan ini turut dinantikan oleh para penyokong Faris Najd kerana itu merupakan perlawanan rasmi pertama Cristiano Ronaldo bersama kelab tersebut.

Ketika ini, kelab tersebut menduduki tangga kedua liga selepas Al-Hilal mengatasi Al-Fayha 3-0 semalam. Tetapi Al-Nassr boleh merampas kedudukan pendahulu daripada Al-Hilal dengan syarat mereka berjaya menewaskan Ettifaq.

Ad

Dan itu diharap dapat diterjemahkan dengan Ronaldo mengetuai jentera serangan lebih-lebih lagi selepas melepaskan penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar. Selepas dilepaskan Al-Nassr, Aboubakar menyertai kelab Turki, Besiktas.

Ad

Ronaldo sudah membuktikan dirinya masih berbisa selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan PSG menentang Saudi All Stars beberapa hari lepas. Dan itu yang dimahukan jurulatih Faris Najd, Rudi Garcia agar ia dapat diteruskan dengan Ettifaq awal pagi esok.

Selain Ronaldo, seorang lagi pemain yang bakal diperkenalkan kepada para penyokong esok ialah pemain Arab Saudi, Nawaf Boushal. Pemain berusia 23 tahun itu menyertai kelab dari Al-Fateh dengan kontrak empat tahun.

Ad