Al-Nassr Tewaskan Al-Batin Menggunakan Masa Kecederaan

Cristiano Ronaldo 8 Al-Nassr Tewaskan Al-Batin Menggunakan Masa Kecederaan
Al-Nassr
Azri Haziq @azrihazq
11:30am 04/03/2023

12 minit masa kecederaan dalam aksi Liga Saudi antara pasukan Al-Nassr dan Al-Batin menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah.

Al-Nassr berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi Al-Batin dengan keputusan 3-1. Tiga gol pada babak akhir permainan memastikan pasukan diwakili bintang dunia, Cristiano Ronaldo itu mengutip tiga mata berharga.

Mendominasi permainan sepanjang perlawanan, Al-Nassr gagal mencetak sebarang jaringan dalam 90 minit permainan. Pendahulu Liga Saudi itu terpaksa mengharap ihsan masa tambahan dari pengadil sebelum mereka dimalukan pasukan di tangga tercorot liga.

Tiga gol tersebut dijaringkan penyerang Al-Nassr, Abdulrahman Ghareeb pada minit ke-93 permainan dan pertahanan, Mohammed Al-Fatil pada minit ke-112 permainan sebelum Mohamaed Maran meledak jaringan ketiga Al-Nassr pada minit ke-114 permainan.

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo memiliki beberapa peluang untuk meledak namun dinafikan pertahanan lawan. Beliau telah beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil.

Al-Nassr terus mengukuhkan kedudukan pertama dalam carta Liga Saudi dengan mengutip 46 mata secara keseluruhan. Mereka bakal berdepan pencabar utama iaitu pasukan Al-Ittihad, pada 10 Mac kelak.