Final Piala AFC: KL City Muncul Naib Johan Tewas Kepada Al-Seeb
MakanBola
Khairul / MakanBola
Sponsors

Pertembungan final Piala AFC antara Kuala Lumpur City FC menentang wakil Oman, Al-Seeb berlangsung dengan penuh dramatik sebelum kemenangan berpihak kepada pihak lawan.

Pasukan kendalian Bojan Hodak bermula dengan cukup baik seawal minit pertama permainan dengan serangan yang direncanakan oleh kapten pasukan, Paulo Josue hampir membuahkan hasil.

Ad

The City Boys semakin menunjukkan taring di hadapan puluhan ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kesebelasan utama terbaik berjaya diturunkan oleh pengendali kelahiran Croatia ini.

Ad

Peluang terbaik buat KL City hadir pada minit-18 namun tolakan lemah Zhafri Yahya menyebabkan peluang keemasan terlepas begitu sahaja.

Selang beberapa minit, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah apabila meledak daripada sepakan penjuru untuk meletakkan Al-Seeb di hadapan pada minit ke-22. 

Ad

Al-Seeb semakin selesa di hadapan apabila menjaringkan gol kedua menerusi satu tandukan mudah melepasi kawalan Kevin Ray Mendoza.

Ad

Bersambung babak kedua, KL City cuba menyerap asakan dengan menghalang penguasaan bola Al-Seeb.

Peluang terbaik hadir apabila mereka dihadiahkan sepakan percuma namun rembatan leret Paulo Josue mudah ditangkap oleh Ahmad Al-Rouhi.

Peluang KL City terus tertutup selepas Al-Seeb meledak gol ketiga buat pasukan sekaligus menyaksikan mereka dalam kedudukan selesa.

Keputusan ini kekal hingga ke wisel penamat sekaligus menyebabkan KL City terlepas peluang untuk mendakap trofi dan mencipta sejarah buat pasukan.

Kini, fokus KL adalah kepada Piala Malaysia  apabila mereka dijadualkan bertemu dengan PDRM, 27 Oktober ini.