Alejandro Garnacho Cipta Sensasi Padam Rekod Micheal Owen
EPL
Manchester United / Liverpool
Advertisements

Pemain muda Manchester United, Alejandro Garnaco mencipta sensasi tersendiri apabila menjadi nadi kebangkitan luar biasa kelab gergasi sebelum mencapai kemenangan 3-2 mengatasi Aston Villa awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, United ketinggalan 0-2 kepada Aston Villa pada separuh masa pertama melalui jaringan John McGinn dan Leander Dendoncker.

Pada separuh masa kedua, Garnacho mempamerkan bisa beliau di hadapan gol apabila meledak dua jaringan sebelum Rasmus Hojlund menjaringkan gol kemenangan buat United di OId Trafford.

Advertisements

Dengan jaringan yang dihasilkan Garnacho itu, ianya sekali gus memecahkan rekod yang dipegang Micheal Owen sebagai pemain termuda (19 tahun dan 178 hari) yang menjaringkan dua gol atau lebih pada Boxing Day dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rekod tersebut mengatasi Michael Owen (20 tahun dan 12 hari) yang pada ketika itu menyarung jersi Liverpool menewaskan Newcastle United pada tahun 1999.

Kemenangan ke atas Aston Villa Ini adalah kemenangan kedua Manchester United dalam EPL untuk bulan Disember selepas menewaskan Chelsea pada 7 Disember lalu.

Advertisements

Barisan pemain United dikecam dengan agak hebat sejak kebelakangan ini dengan keputusan-keputusan yang mengecewakan di EPL dan juga di Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan kemenangan ke Aston Villa ini, ianya sudah pasti dapat memberikan keyakinan kepada para penyokong kelab gergasi England itu yang sangat dahagakan kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram