Bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho dikesan telah mensabotaj sepakan penalti minit akhir FC Copenhagen.
Copenhagen telah diberikan sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan oleh Scott McTominay didalam kawasan penalti.
Namun disaat para pemain United menyerbu ke arah pengadil untuk memprotes keputusan tersebut, Garnacho dikesan sedang cuba merosakkan rumput kawasan sepakan penalti diambil.
Tindakan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila sepakan penalti penyerang Copenhagen, Jordan Larsson berjaya ditepis Andre Onana.
Video Garnacho sedang memijak-mijak rumput itu telah tersebar dilaman sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Malah jurulatih Copenhagen sendiri tidak menyedari tindakan Garnacho itu menurut laporan Goal.
Kegagalan menyempurnakan sepakan penalti itu menyaksikan United berjaya menang tipis 1-0 dalam perlawanan tersebut.
Manchester United kini meraih 3 mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah setelah mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan A.
Manchester United seterusnya akan menentang Manchester City dalam aksi derbi Manchester pada 29 Oktober ini di stadium keramat Old Trafford.