Ads
Ali Olwan Tiada Kelab, Bakal Ikut Reziq Bani Hani Ke Liga Super?
Transfer
Jordan FA / Selangor FC

Penyerang sensasi Jordan, Ali Olwan berpotensi untuk mengikut jejak langkah tonggak Selangor, Reziq Bani Hani ke Liga Super.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun itu secara rasminya dilepaskan oleh kelab Qatar, Al-Shamal SC setelah kontraknya tamat pada 30 Jun 2024 yang lalu.

Advertisements

Beliau kini menjadi buruan beberapa kelab ternama Asia susulan prestasi memberangsangkan ketika di Piala Asia 2023 Qatar.

Advertisements
Advertisements

Tonggak berketinggian 1.82 meter itu sering dipinggirkan dalam percaturan ketua jurulatih Al-Shamal menyebabkan kontraknya tidak disambung.

Ali Olwan kini berpotensi besar untuk mengikut jejak langkah beberapa pemain Jordan yang datang berkelana di Liga Super.

Advertisements

Antara pemain Jordan yang menyinar di Liga Super Malaysia termasuklah Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh dan juga Reziq Bani Hani bersama Selangor.

Sebelum itu, pemain Kedah Darul Aman, Mahmoud Al-Mardi pernah menghangatkan saingan di Malaysia sekaligus merancakkan lagi perebutan takhta liga.

Ali Olwan menjadi tunjang utama Jordan untuk mara ke pentas final Piala Asia 2023 dan berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia.

Advertisements

Nilai pasaran bekas tonggak Al-Jazeera ini mencecah 500,000 USD iaitu sekitar RM2.35 Juta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram