Alistair Edwards: Tidak Terjadi Salah Laku, JDT Guna Saluran Yang Sepatutnya
UltraSukan
JST
Advertisements

Arena futsal negara panas susulan dakwaan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menggunakan kaedah salah untuk mendapatkan pemain Pahang Rangers.

Hal ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan di JDT Futsal.

Beliau menyatakan pasukan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) itu menggerakkan proses perpindahan mengikut saluran yang betul termasuk mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Pahang Rangers.

Advertisements

Harimau Selatan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut yang disifatkan cubaan mencemarkan nama baik pasukan itu.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perbincangan bersama Pahang Rangers berhubung perpindahan beberapa pemain futsal menjelang musim 2024.

Advertisements

“Harimau Selatan telah membuat pertanyaan dan sedang berunding dengan Pahang Rangers, termasuk presiden kelab YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah, untuk mencapai persetujuan.

“Kami menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang memberi bayangan bahawa terdapat salah laku dalam perkara ini kerana JDT telah mengikut saluran yang sepatutnya. JDT juga tidak menasihati pemain untuk bertindak dalam apa cara sekalipun,” katanya hari ini.

Advertisements

JDT kini melakukan persiapan untuk kempen MPFL 2024 selepas terpaksa berpuas hati sebagai naib juara dalam edisi 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram