Pemain sayap sensai baharu Selangor, Alvin Fortes mengakui dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat bersama Selangor.
Alvin Fortes yang baru sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemain import ketiga terbaru Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.
Pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan rakan sepasukan menerima kehadiran pemain baharu dengan begitu baik, disebabkan itu beliau cepat menyerap ilmu dan menyesuaikan diri di Selangor.
Beliau juga mahu berusaha mendapatkan persefahaman bersama para pemain serta barisan jurulatih untuk sama-sama membantu kelab mencapai sasaran musim ini di Selangor.
“Rakan sepasukan yang lain menyambut kehadiran pemain baharu dengan baik. Ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Saya juga akan sedaya upaya mendapatkan persefahaman bersama para pemain serta barisan jurulatih untuk sama-sama membantu kelab mencapai sasaran musim ini,” katanya di Selangor FC.
Untuk rekod, beliau dinilai pada tanda harga 400 ribu Euro (RM2.09 Juta) oleh laman Transfermarkt bakal membantu jentera serangan pasukan bagi musim baharu.
Beliau telah melebarkan sayap ke beberapa buah negara seperti Finland, Turki, Greece dan Republik Czech untuk mengembangkan karier bola sepaknya.
Fortes kini dilihat tidak sabar untuk beraksi bersama Selangor dan mahu bertemu sendiri para penyokong setia The Res Giants pada masa yang akan datang.