Ambil Pemain Import Kitar Semula Sebenarnya Lebih Berbaloi
Dunia
Yahoo Sports
Advertisements

Saingan Liga Malaysia 2023 akan menyaksikan kebanjiran pemain import, lebih ramai dari musim-musim sebelumnya berikutan kelab-kelab boleh mendaftarkan sembilan import sepertimana dibenarkan Malaysian Football League.

Ada pasukan memanfaatkan sepenuhnya kuota yang dibenarkan, manakala ada pasukan mengambil import berdasarkan keperluan sahaja kerana yang boleh didaftarkan dalam satu-satu perlawanan hanyalah enam (5 di dalam kesebelasan, 1 di bangku simpanan).

Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan jutaan ringgit terbuang begitu sahaja, kerana kudrat mereka bukannya boleh digunakan sepenuhnya sepanjang musim (tiga daripada sembilan pemain akan berehat pada setiap matchday).

Advertisements

Selain lambakan import, seperkara lagi yang dapat disaksikan di musim baru ini adalah import ‘kitar semula’ ataupun pengambilan pemain sama yang pernah beraksi dengan mereka ataupun kelab Liga Malaysia lain.

Jika ditinjau di laman sosial, ada penyokong berpendapat mengambil semula pemain yang sama, atau merekrut import yang dilepaskan kelab lain menunjukkan ‘scout’ setiap pasukan itu malas ataupun tidak pandai buat kerja.

Tetapi bagi pemerhati sukan, Dr Zulakbal Karim, dalam wawancaranya bersama BH Sukan, beliau menganggap pengambilan import kitar semula ini sebenarnya lebih berbaloi.

Advertisements

“Kebanyakan pemain ini sudah berpengalaman beraksi dalam liga tempatan. Walaupun ada pemain import ini yang kurang menyerlah, setidak-tidaknya pasukan yang bajetnya terhad untuk memantau pemain import boleh mengambil mereka secara segera.

“Ini kerana memantau pemain import yang baharu memakan masa dan tenaga, pasukan juga tidak tahu sama ada pemain sesuai ataupun tidak. Jadi dalam hal ini, lebih mudah mengambil pemain yang sudah masak dengan kancah bola sepak tempatan.

“Dari aspek ini, mungkin ini mendatangkan faedah kepada pasukan yang tiada keupayaan kewangan yang kuat kerana tiada rotan, akar pun berguna. Bagi pasukan yang berkelebihan daripada kewangan, mereka boleh ambil import baharu pada standard yang lebih tinggi,” katanya.

Advertisements

Antara kelab yang menandatangani semula pemain import lama mereka adalah JDT (Diogo Santo) namun kebanyakan kelab menggunakan pendekatan merekrut pemain yang sudah ada nama dalam Liga Malaysia seperti Sri Pahang (Lucas Silva dan Kpah Sherman), Kedah (Manuel Hidalgo), KL City (Kipre Tchetche dan Patrick Reichelt) serta Terengganu (Sony Norde).

Zulakbal bagaimanapun menasihatkan setiap kelab untuk tetap berhati-hati kerana akan ada kemungkinan pemain-pemain ini memanfaatkan ‘loophole’ yang wujud untuk mengambil kesempatan.

“Mereka sudah lama di sini jadi mereka tahu selok belok pengurusan, taktik yang digunakan pengurusan dan sebagainya. Kita bimbang mereka (pemain import) mengambil mudah sebab sudah tahu cara untuk ‘makan’ kita.

Advertisements

“Akibatnya nanti pemain buat perangai kerana mereka tahu tempat mereka sentiasa terjamin apabila pasukan lain akan tetap mendapatkan khidmat mereka bagi musim seterusnya.

“Kalau pasukan dapat pemain yang benar-benar beraksi di tahap terbaik, untung juga pada pasukan,” tambahnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram