Amirbek Juraboev Pilih Tinggalkan Kedah
Transfer
MakanBola
KDA FC
Advertisements

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev merupakan salah seorang pemain import yang tidak dikekalkan bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Amirbek mencoret ucapan selamat tinggal kepada para penyokong Kedah selepas satu musim bersama Sang Kenari.

Advertisements

“Assalamualaikum untuk semua. Ia adalah masa yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ini adalah sebahagian daripada kehidupan bola sepak. Saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada anda semua.

“Terima kasih juga kepada semua jurulatih pemain, semua kakitangan dan pengurusan. Ia adalah musim yang baik untuk kami, saya gembira dan menikmati musim di sini. Semoga berjaya buat semua, semoga berjaya juga buat Kedah.

Advertisements

“Semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua jumpa lagi in sha Allah. Dan yang penting terima kasih banyak-banyak juga kepada penyokong kami,” coret Amirbek di laman Instagram miliknya.

Advertisements

Musim ini adalah musim yang baik buat Amirbek bersama Kedah di bawah kendalian Nafuzi Zain. Pemain antarabangsa Tajikistan itu telah diturunkan dalam 28 perlawanan untuk Kedah dan berjaya menjaringkan 6 gol selain menyumbang satu bantuan gol.

Gandingan Amirbek bersama Manuel Ott dan Amirul Hisyam di bahagian tengah Kedah menjadikan penguasaan bola menjadi milik Kedah dalam kebanyakan perlawanan.

Advertisements

Untuk musim 2024, Kedah hanya mengekalkan Manuel Ott yang masih mempunyai baki kontrak. Manakala pemain import yang lain tidak disambung kontrak termasuk penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun.

News Comments Account