Amirbek Juraboev Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Tajikistan
Transfer
KDA FC
Advertisements

Bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev memilih kembali ke negara kelahirannya, Tajikistan.

Ini selepas Juraboev sah berpindah ke kelab gergasi Tajikistan, Istiklol. Perpindahan tersebut turut disahkan kelab berkenaan beberapa hari lalu.

“Kelab Bola Sepak Istiklol telah melengkapkan semua prosedur diperlukan untuk perpindahan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev ke pasukan ibu kota itu.

Advertisements

“Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Amirbek Juraboev sebelum ini beraksi untuk Istiklol pada 2019-2020 dan 2022 serta kini bersiap sedia bersama pemain-pemain lain dalam skuad kebangsaan Tajikistan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Arab Saudi. Selamat kembali, Amirbek!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sepanjang bersama Kedah pada musim lepas, beliau telah merekodkan 26 penampilan dalam semua kejohanan dan enam gol berdasarkan data terkini Transfermarkt.

Advertisements

Juraboev menjadi sebahagian daripada sembilan pemain import yang meninggalkan Sang Kenari selepas tamat musim 2023.

Selain bintang tengah Tajikistan itu, Jonathan Balotelli, Alan Robertson, Ebenezer Assifuah, Ifedayo Olusegun, Moses Atede, Bojan Ciger, Manuel Hidalgo dan kapten, Manuel Ott turut meninggalkan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram