Amirudin Shari: Impian Penyokong Selangor Semakin Hampir
Liga Super
KSSA
Advertisements

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa impian dan penantian para penyokong Selangor FC untuk memiliki stadium sendiri semakin hampir.

Beliau berkongsi perkhabaran gembira ini di laman sosial miliknya sekaligus memberi bayangan bahawa kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi.

YB Amirudin sebelum ini menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna di laman X berkenaan tarikh perobohan stadium yang sekian lama dinantikan.

Advertisements

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam,” ujarnyadi laman X.

Projek pembinaan kompleks sukan ini difahamkan menelan kos sekitar RM787-800 juta bagi menaik taraf Stadium Shah Alam merangkumi peralihan dan menaikkan tapak, projek tebatan banjir dan integrasi stesen Aliran Transit Ringan (LRT).

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan olehnya hari ini, Amirudin memberi bayangan bahawa penantian para peminat setia The Red Giants benar-benar bakal berakhir.

Advertisements

“Impian penyokong Selangor FC untuk memiliki ‘rumah sendiri’ semakin hampir apabila proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi,” ujarnya.

Amirudin juga memberitahu bahawa tarikh untuk perobohan itu berubah dari bulan 10 hingga Disember kerana masih ada beberapa perkara yang menanti kelulusan bagi proses peralihan tanah.

“Ia berganti dari bulan 10 ke bulan 11 kerana melibatkan proses peralihan tanah yang ketika ini masih dimiliki oleh kerajaan negeri dan belum diserahkan kepada MBI. Selepas diserahkan kepada MBI yang telah diputuskan pun oleh MMKN pada bulan Oktober.”

Advertisements

“Kita minta tunggu OSC yang akan bersidang untuk proses perobohan bermula.”

Kerajaan Selangor telah mengumumkan pembinaan kompleks sukan baharu termasuk pembinaan semula Stadium Shah Alam yang menelan kos sekitar RM787-800 juta di tapak lama venue keramat Merah Kuning itu.

Stadium baharu itu bakal memiliki kapasiti antara 35,000 hingga 45,000 penonton dengan sistem penyejukan tempat duduk menjadi antara elemen menarik yang bakal diguna pakai di stadiuk serba canggih ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram