“Baru Dapat Kebenaran MBSA Semalam” – Amirudin Shari
Liga Super
KSSA
Advertisements

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam.

Pelbagai spekulasi timbul berkenaan pembinaan Stadium keramat The Red Giants ini selepas diumumkan kira-kira 8 bulan yang lalu.

Beliau akhirnya menjawab teka-teki berkenaan projek ini apabila memaklumkan bahawa proses untuk meruntuhkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja yang telah dirangka baru mendapat kelulusan MBSA.

Advertisements

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam,” ujarnya di laman X.

Projek pembinaan kompleks sukan ini difahamkan menelan kos sekitar RM787-800 juta bagi menaik taraf Stadium Shah Alam merangkumi peralihan dan menaikkan tapak, projek tebatan banjir dan integrasi stesen Aliran Transit Ringan (LRT).

Amirudin juga maklumkan pada sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2024 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan perancangan yang lebih teliti bagi pembinaan kompleks sukan bertaraf antarabangsa tersebut.

Advertisements

“Stadium yang akan dibina adalah bercantum atau pun bergabung dan ia akan boleh digunakan pada waktu malam dan siang, boleh digunakan ‘indoor’. Ini juga adalah ini gabungan daripada Stadium Malawati dan Shah Alam.”

“Selepas itu, fasa kedua akan bermula untuk menyiapkan stadium dan jalan masuk serta kawasan-kawasan sekitar termasuk projek tebatan banjir.”

“Dalam projek ini, kita menyiapkan 10 ekar (empat hektar) untuk projek tebatan dan kolam tebatan banjir yang termasuk dalam perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atau perancangan tebatan banjir Sungai Damansara yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Advertisements

Amirudin juga memberitahu bahawa tarikh untuk perobohan itu berubah dari bulan 10 hingga Disember kerana masih ada beberapa perkara yang menanti kelulusan bagi proses peralihan tanah.

“Ia berganti dari bulan 10 ke bulan 11 kerana melibatkan proses peralihan tanah yang ketika ini masih dimiliki oleh kerajaan negeri dan belum diserahkan kepada MBI. Selepas diserahkan kepada MBI yang telah diputuskan pun oleh MMKN pada bulan Oktober.”

“Kita minta tunggu OSC yang akan bersidang untuk proses perobohan bermula.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram