MBI Papar Reka Bentuk Baru Stadium Shah Alam
Dunia
MBI
Advertisements

Semua sedia maklum, Stadium Shah Alam ketika ini dalam proses pembangunan semula agar terus menjadi mercu tanda ikonik Selangor. Dan berdasarkan video reka bentuk baru stadium yang dikongsikan Menteri Besar Incorporated (MBI) di laman media sosial mereka, ia sememangnya lain dari yang lain.

Stadium baru ini akan diintegrasikan dengan hab pengangkutan seperti hab transit (bas) dan Stesen LRT3 Stadium Shah Alam. Ini amat membantu para penyokong yang mahu pergi ke situ pada hari perlawanan.

Stadium baru ini bakal bertaraf dunia dan mempunyai kapasiti sekitar 35,000 hingga 45,000 tempat duduk. Tidak seperti stadium lama, stadium baru akan direka menjadi stadium khas untuk perlawanan bola sepak.

Advertisements

Selain itu, rekaan Stadium Shah Alam baru juga menyaksikan ia akan mempunyai padang yang boleh disimpan – ciri sama yang dimiliki stadium kelab EPL, Tottenham Hotspur.

Di samping itu, ia juga akan mempunyai sistem penyejukan tempat duduk, lapisan seramik ETFE pada bumbung stadium dan bumbung lutsinar ETFE. Empat ciri Ini membolehkan pelbagai sukan dan acara dalam termasuk konsert dapat diadakan di situ.

Di luar stadium, MBI dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) turut merancang mewujudkan fasiliti lain seperti hotel, ruang niaga, zon rekreasi hijau seluas 310,000 hektar termasuk taman botani dan rekreasi serta masjid.

Advertisements

Bagi mengetahui lebih lanjut inisiatif pembaharuan Stadium Shah Alam, para penyokong boleh menyertai sesi libat urus Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang diadakan di atrium SACC Mall.

Sesi libat urus ini memberi peluang kepada orang ramai memberi input tentang projek tersebut. Sesi libat urus KSSA bermula hari ini sehingga 10 Februari.

Sekiranya berjalan lancar, pembinaan semula Stadium Shah Alam akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2026. Kos projek dijangka mencecah RM787 juta.

Advertisements

Bagi para penyokong Merah Kuning, melihat Selangor beraksi di stadium baru ini semestinya satu impian. Ini kerana apabila ia siap, ia dapat menyaingi Stadium Sultan Ibrahim (SSI) milik JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram