Asia Tenggara

FIFA Mendiamkan Diri

Indonesia Timnas Indonesia 7 FIFA Mendiamkan Diri
Timnas Indonesia
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat masih mendiamkan diri berhubung isu lanjutan masa tambahan dalam aksi FIFA ASEAN Cup antara Indonesia dan Bangladesh.

Lanjutan masa tambahan sebanyak tujuh minit dalam perlawanan itu bukan saja membuatkan ramai peminat bola sepak hairan.

Malah, jurulatih Bangladesh, Thomas Dooley turut mengakui merasa hairan mengapa masa tambahan dilanjutkan dari dua minit kepada tujuh minit.

Hal itu juga mendorong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan permohonan rasmi kepada FIFA berhubung isu lanjutan masa tambahan itu.

Kini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman memaklumkan badan induk itu masih menunggu maklum balas FIFA.

“Kita (FAM) ada menghantar bantahan tetapi sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa jawapan dari FIFA.

“FAM akan melakukan tindakan susulan kepada FIFA untuk mendapatkan jawapan,” katanya seperti dilaporkan BolaKita.

Lanjutan masa tambahan itu membantu Indonesia meraih kemenangan 9-2. Tim Garuda kemudiannya muncul juara dengan menewaskan Thailand di final menerusi penentuan sepakan penalti.