ACLE · Hari Perlawanan Dua
Pohang Steelers
6:00 PM
MYT
JDT
13 October 2026
Pohang Steelyard, Pohang
Bermula dalam —

Live: Pohang Steelers vs JDT – ACLE

Saluran TV & live streaming rasmi

Pohang Steelers vs JDT

Pratonton perlawanan

Tonton aksi Pohang Steelers vs JDT dalam perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) secara langsung dari Steelyard, Korea Selatan.

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan cabaran getir apabila bertandang ke Korea Selatan untuk menentang Pohang Steelers dalam aksi Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) 2026/27 pada Selasa.

Perlawanan yang berlangsung di Steelyard itu menjadi peluang buat kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama dalam saingan peringkat liga selepas masing-masing gagal meraih keputusan yang diharapkan pada aksi pembukaan.

JDT sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan wakil Thailand, Buriram United, di Stadium Sultan Ibrahim pada 15 September lalu.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Xisco Muñoz perlu meningkatkan prestasi bagi memastikan mereka mampu membawa pulang mata penuh dalam aksi di tempat lawan kali ini.

Pohang Steelers pula berdepan situasi lebih sukar apabila tewas 1-3 kepada Beijing FC dalam perlawanan pembukaan mereka, sekali gus menjadikan pertemuan menentang JDT sebagai peluang untuk bangkit di hadapan penyokong se

Berita berkaitan