ACL

JDT Harungi 4500KM Sambil Bawa Berita Baik

JDT ACLE Korea JDT Harungi 4500KM Sambil Bawa Berita Baik
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi perjalanan sejauh 4500Km berbekalkan berita baik buat pasukan.

Skuad kendalian Xisco Munoz bakal menempuh aksi keempen kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 26-27 berdepan jaguh Korea, Jeonbuk Hyundai Motors.

Beraksi di gelanggang lawan, skuad Harimau Selatan berada dalam momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan ke atas Port FC dengan keputusan 3-0 pada aksi ketiga kumpulan.

Sementara itu, Jeonbuk Hyundai kendalian Jung Jeong-yong menempuhi detik kurang memberangsangkan di Asia, termasuklah seri 2-2 berdepan kelab China, Beijing Guoan.

JDT yang tidak tewas dalam lima aksi terakhir kini dalam momentum terbaik, sekali gus membuka peluang untuk mencipta kejutan di Korea, Selasa ini.

Kemas kini daripada laman Johor Southern Tigers menyaksikan barisan tonggak utama dibawa ke Korea bagi aksi kali ini. Namun begitu, tumpuan terarah kepada kepulangan bintang utama pasukan iaitu Joao Figueiredo dan juga Jon Irazabal yang terbang bersama pasukan.

Juara bertahan Liga Super itu turut mengekalkan barisan bintang seperti Shahab Zahedi, Jairo Da Silva, Nacho Mendez dan juga Kevin Medina yang menjadi tunjang utama pasukan, musim ini.

JDT kini menduduki tangga ke-13 di Asia dan tangga keempat kumpulan dengan 7 mata, manakala Jeonbuk Hyundai di tangga ke-10 kumpulan dengan hanya 4 mata.

Aksi antara Jeonbuk Hyundai vs JDT dijadual berlangsung pada 3 November jam 6.00 petang di Stadium Jeonju, Korea.