Liga Super

4 Pemain Bakal Kembali Perkuat JDT

Figueiredo Hevel Irazabal JDT JST 1 4 Pemain Bakal Kembali Perkuat JDT
Johor Southern Tigers
Advertisements

Empat pemain bakal kembali memperkuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada November ini.

Empat pemain tersebut ialah Gabriel Palmero, Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal.

Ini kerana keempat-empat bakal bebas daripada penggantungan yang ditetapkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Mac lalu.

Semakan di Transfermarkt menunjukkan keempat-empat pemain akan dibenarkan beraksi seperti biasa selepas 2 November ini. Perkara ini turut disahkan jurulatih JDT, Xisco Munoz.

Meskipun gembira melihat mereka kembali, jurulatih Sepanyol itu tidak mahu terburu-buru menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama.

Ini kerana Palmero, Hevel, Figueiredo dan Irazabal sudah lama tidak beraksi. Justeru, Munoz mahu memastikan mereka cergas dan bebas daripada kecederaan terlebih dahulu.

“Kepulangan mereka sesuatu yang positif, mereka kembali dan sekarang kami perlu menguruskan mereka setelah sudah lama mereka tidak beraksi, kami perlu libatkan mereka dalam perlawanan.

“Sekarang mereka merupakan perkara yang terbaik yang berlaku ketika ini, memberikan banyak solusi dalam aksi akan datang.

“Sangat penting cara kami menguruskan mereka setelah lama tidak beraksi, cuba elak kecederaan,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Selain mereka, Rodrigo Holgado, Facundo Garces dan Imanol Machuca juga bakal beraksi semula pada November ini selepas selesai tempoh penggantungan.

Holgado kini dilaporkan bakal menyertai kelab Liga Super, DPMM FC.