Kerisauan Peminat Singapura Tentang Stuart Wilkin Jadi Kenyataan
MakanBola
Malaysia National Team

Kebimbangan penyokong Singapura tentang pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin menjadi kenyataan dalam pertemuan negara itu dan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A FIFA ASEAN Cup.

Hal ini dizahirkan seorang penyokong bernama AyhanRMCF selepas melihat nama Stuart dalam senarai kesebelasan utama Malaysia untuk perlawanan itu.

“Saya akan derita lagi kalau Stuart Wilkin menjaringkan gol menentang kita. Beliau selalu menjadi seperti Paul Pogba setiap kali menentang kita,” katanya di X.

Kebimbangan penyokong itu ada asasnya kerana Stuart pernah meledakkan tiga gol ke atas Singapura setiap kali menyarung jersi Harimau Malaya.

Dua daripadanya dijaringkan dalam aksi peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022. Satu lagi gol Stuart dijaringkan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 2025.

Kebimbangan penyokong tersebut menjadi kenyataan apabila Malaysia membelasah Singapura 6-0 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung. Stuart, Bergson da Silva, Syahir Bashah dan Paulo Josue masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Selain itu, ini juga kemenangan terbesar Harimau Malaya ke atas The Lions sejak tahun 1968. Kejayaan ini dijangka menjadi pembakar semangat anak buah Tan Cheng Hoe untuk aksi penentuan tempat ketiga FIFA ASEAN Cup.