Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggantung skuad Filipina Bawah 20 Tahun (B-20) daripada menyertai pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2029.
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Etika dan Disiplin AFC berhubung status pasukan berkenaan pada 5 November lalu.
Langkah itu diambil selepas Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) menarik penyertaan pasukan itu untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-20 202 7 pada Julai lalu.
Sehubungan dengan itu, AFC melarang Filipina menghantar pasukan muda mereka menyertai pusingan kelayakan edisi 2029.
PFF juga dikenakan denda sebanyak AS$10,000 (RM40,575) oleh badan induk bola sepak Asia itu.
PFF dijangka boleh menghantar semula pasukan untuk pusingan kelayakan seterusnya untuk edisi 2031.


