JDT Janji Aksi Berbeza Lawan Svay Rieng
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz percaya anak buahnya bakal menyajikan aksi berbeza bila bertemu Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan B Shopee Cup.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan pernah bertemu pada musim lalu. Meskipun berstatus pasukan pilihan, Svay Rieng mendahului Harimau Selatan 2-0.

Dua gol lewat JDT dalam perlawanan itu memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan. Munoz percaya anak buahnya sudah belajar daripada kesilapan aksi sebelumnya.

Beliau percaya Harimau Selatan akan tampil lebih baik dan memastikan keputusan positif diraih di hadapan penyokong sendiri.

“Perkara paling penting yang perlu kami lakukan ialah belajar daripada kesilapan terdahulu. Namun begitu, yang paling utama ialah hari esok merupakan perlawanan baru untuk kita.

“Penting bagi kami untuk melaksanakan apa yang telah saya nyatakan sebelum ini iaitu mengekalkan keseimbangan. Saya yakin kami perlu mengawal situasi-situasi tertentu.

“Terdapat aspek-aspek penting yang perlu diperbaiki pada musim ini. Saya rasa perlawanan esok amat penting bagi kami.
Penting untuk kami memegang kawalan permainan dan berusaha menunjukkan prestasi terbaik kami,” katanya.

JDT berharap dapat membuka kempen Shopee Cup dengan kemenangan. JDT akan menentang Svay Rieng di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 Oktober ini.

Kejohanan ini juga antara dua kejohanan yang bakal dimanfaatkan Harimau Selatan untuk menggilap bakat pemain muda dan memberikan minit permainan berharga buat mereka.