Skuad wanita Sabah FA menerima ganjaran lumayan selepas bergelar juara Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2026 baru-baru ini.
Pasukan yang dibimbing Bobby Gonzales itu menerima insentif kemenangan berjumlah RM100,000 atas pencapaian berkenaan.
Cek insentif itu telah disampaikan oleh YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.
Insentif ini bukan sekadar ganjaran atas kejayaan yang dicapai skuad wanita Sabah pada musim ini.
Malah, ini juga mencerminkan sokongan dan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa pembangunan bola sepak wanita serta membuka lebih banyak peluang kepada atlet wanita untuk terus mencipta kejayaan.
Sabah muncul juara LWN 2026 dengan menewaskan Selangor FC di peringkat akhir. Kejayaan itu juga melayakkan pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu ke Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) musim hadapan.


