Skuad wanita Sabah FA muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2026.
Kejayaan itu dicapai anak buah Bobby Gonzales dengan menewaskan Selangor FC 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 1 November lalu.
Tonggak import, Enzi Broussard muncul wira buat pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89.
Kejayaan ini menyaksikan memastikan Sabah mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2025.
Selain itu, kejayaan bergelar juara LWN turut menyaksikan pasukan itu menjadi wakil Malaysia untuk kempen Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) musim hadapan.
Dua pemain Sabah, An Se-bin dan Asma Junaidi turut menerima anugerah individu terbaik. Se-bin merangkul anugerah Pemain Terbaik LWN dengan Asma (Penjaga Gol Terbaik).
Bekas juara edisi 2024, Kelana United FC meraih tempat ketiga selepas menewaskan Red Eagles SC dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.


