Penyerang muda Vietnam, Williams Minh Hoang melaungkan amaran kepada Harimau Malaya bahawa pasukan itu mahu menutup kempen FIFA ASEAN Cup dengan kemenangan.
Aksi penentuan tempat ketiga menyaksikan Malaysia dan Vietnam bertemu. Kedua-dua pasukan masing-masing layak selaku naib juara Kumpulan A dan B.
Menariknya, aksi ini bakal menjadi aksi keempat yang menemukan kedua-dua pasukan untuk tahun 2026. Vietnam memiliki kelebihan kerana telah memenangi tiga aksi terakhir.
Ini termasuk dua aksi separuh akhir ASEAN Hyundai Cup di mana anak buah Kim Sang-sik mengecewakan pasukan yang dibimbing Tan Cheng Hoe itu.
Lantas, tidak hairanlah Minh Hoang berharap dapat membantu Vietnam meneruskan rekod cemerlang pasukan itu ke atas Malaysia.
“Sudah tentu setiap perlawanan cukup penting termasuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada portal FIFA.com.
“Objektif kita ialah mendapatkan kemenangan. Kita kena dapatkan keputusan positif hari ini lebih-lebih lagi agar kita dapat menentang Malaysia.”
Malaysia dan Vietnam akan berentap pada 5 Oktober ini, jam 5.00 petang.