Piala FA

Selangor Ada Strategi Perangkap Kuching City

Chrigor Selangor Kuching Selangor Ada Strategi Perangkap Kuching City
Selangor FC
Advertisements

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mempunyai strategi untuk memerangkap Kuching City FC menjelang aksi separuh akhir petama Piala FA antara kedua-dua pasukan itu pada 23 Oktober ini.

Pan-gon mengakui anak buah Aidil Sharin Sahak antara pasukan terkuat dalam Liga Super. Pasukan yang diberi jolokan The Cats itu juga memiliki ramai pemain individu berkualiti terutama pemain import.

Pada masa sama, Pan-gon yang juga bekas pengendali Harimau Malaya percaya beliau ada strategi ampuh untuk membantu Selangor meraih keputusan positif di Stadium MBPJ.

“Seperti yang kita tahu, Kuching City antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia. Kita tahu mereka memiliki skuad yang kuat terutama dari segi pemain import.

“Jadi, kita telah analisis mereka dan dari segi pemain individu, mereka sangat kuat. Kita cuba atasi masalah ini, kita cuba cari cara untuk menyerang mereka. Jadi, pada ketika ini, saya fikir kita harus mengatasi masalah ini sebagai satu pasukan.

“Kita akan bermain sebagai satu pasukan dan bukan individu. Jika kita bermain sebagai satu pasukan, kita yakin (dapat meraih keputusan positif),” katanya.

Aksi separuh akhir ini juga peluang buat Selangor membalas dendam terhadap Kuching City. Ini kerana The Cats bertanggungjawab menyingkirkan The Red Giants di peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.