Asia Tenggara

“Itu Salah Saya” – Xisco Munoz

Xisco Munoz JDT JST 2 1 "Itu Salah Saya" - Xisco Munoz
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui keputusan mengeluarkan tiga pemain dalam aksi terbaru Kumpulan B Shopee Cup menentang Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) bukan satu keputusan mudah.

Advertisement

Ramai peminat bola sepak terkejut apabila bekas jurulatih Watford itu membuat pertukaran awal selepas minit ke-27. Munoz memasukkan Jairo da Silva, Oscar Arribas dan Ager Aketxe menggantikan Rui Nene, Shahab Zahedi dan Dani Bolt.

Percaturan beliau membuahkan hasil pada separuh masa kedua. Selepas ketinggalan menerusi gol sendiri Nene, JDT bangkit untuk meraih kemenangan menerusi dua gol Arribas dan gol Marcos Guilherme.

Munoz mengakui beliau membuat silap dalam memilih pemain untuk kesebelasan utama pasukan menentang CAHN. Bekas jurulatih Sheffield Wednesday itu turut memohon maaf dan menganggap itu bukan keputusan mudah.

“Itu kesilapan saya dari segi pemilihan pemain. Saya memikirkan tentang kesebelasan terbaik, tetapi saya telah melakukan kesilapan.

“Pemilihan saya hari ini kurang tepat, namun sejurus selepas itu saya segera cuba melakukan pembetulan, dan corak permainan pun berubah. Ia bukan disebabkan faktor-faktor tersembunyi, semuanya memang salah saya.

“Mungkin saya tidak menjelaskan dengan baik apa yang saya mahukan atau apa yang dituntut oleh perlawanan tersebut. Ini bukan salah para pemain. Saya benar-benar memohon maaf kerana mengeluarkan mereka selepas kira-kira 20 minit permainan,” katanya seperti dilaporkan SNE Sports.

Keputusan ini menyaksikan JDT dan Persib Bandung kini di persada Kumpulan B dengan enam mata. Ini terjadi selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing.

Selepas ini, Harimau Selatan mengalihkan fokus kepada kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). JDT akan turun menentang Ratchaburi pada 24 November ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...