Asia Tenggara

Mano Polking ‘Tabik’ JDT

JDT Shopee Cup Mano Polking ‘Tabik’ JDT
Johor Southern Tigers

Ketua jurulatih Công An Hà Nội (CAHN), Mano Polking mengakui Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di hadapan pasukannya dari segi pelaburan, infrastruktur dan beberapa aspek pembangunan kelab selepas tewas 1-3 dalam aksi kedua Kumpulan B Shopee Cup 2026/27.

Advertisement

Pengendali kelahiran Brazil itu bagaimanapun percaya CAHN tetap memberikan saingan sengit kepada Harimau Selatan meskipun gagal mempertahankan kelebihan awal di Stadium Hang Day pada Khamis.

Polking menyifatkan JDT sebagai salah sebuah kelab terbesar di Asia Tenggara berdasarkan kekuatan dan pembangunan yang dimiliki pasukan dari Malaysia itu.

“Kami telah bersaing dengan salah sebuah kelab terbesar di Asia Tenggara, mereka berada di hadapan kami dari segi pelaburan, infrastruktur dan banyak aspek lain.

“Johor sememangnya sebuah kelab yang sangat besar di rantau ini, tetapi saya percaya CAHN telah bermain dengan baik ketika menentang mereka,” katanya memetik laporan TheThao247.vn.

Dalam pada itu, Polking turut berpuas hati dengan persembahan anak buahnya khususnya pada separuh masa pertama apabila CAHN beberapa kali berjaya menguasai permainan dan mencipta peluang berbahaya.

Beliau turut menegaskan perbezaan utama kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut adalah keberkesanan di hadapan gawang apabila JDT lebih tajam menyudahkan peluang yang dimiliki.

“Kami mencipta peluang yang cukup untuk sekurang-kurangnya memperoleh satu mata, tetapi gagal memanfaatkannya,” jelas beliau.

Kekalahan itu menyaksikan CAHN terlepas peluang untuk meneruskan permulaan sempurna dalam kempen Shopee Cup musim ini, manakala JDT berjaya mengekalkan rekod kemenangan selepas dua perlawanan Kumpulan B.

Polking turut menganggap JDT sebagai calon utama untuk menjuarai kumpulan tersebut, namun menegaskan CAHN masih berpeluang untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan berkenaan.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...