Shukor Adan Dicanang Layak Bimbing Malaysia B-23
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengurus skuad kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengesyorkan Shukor Adan sebagai calon pengendali baharu skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Kamarul Ariffin berpandangan sedemikian kerana beliau melihat Shukor sudah membuktikan kemampuannya ketika membimbing skuad Malaysia B-16 dan Malaysia B-19.

Meskipun sedar kelebihan yang dimiliki jurulatih luar, beliau melihat itu bukan penghalang buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih bekas ‘orang besi’ Harimau Malaya itu sebagai pengganti tetap Nafuzi Zain.

“Tiada keperluan ambil jurulatih luar, Shukor Adan calon terbaik,” katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Sentuhan Shukor mula terserlah apabila membimbing skuad Malaysia B-16 muncul naib juara Kejuaraan B-17 ASEAN 2026. Legenda Negeri Sembilan itu turut memimpin skuad Malaysia B-19 layak ke Piala Asia B-20 pada September lalu.

Shukor kini fokus mempersiapkan skuad Malaysia B-16 untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-17 yang akan berlangsung dari 8 hingga 20 November ini.

30 pemain telah dipanggil menyertai kem latihan pusat Fasa 1 di di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang dari 11 hingga 23 Oktober ini.

Malaysia berada dalam Kumpulan E bersama Palestin, Singapura, India dan Guam. Malaysia akan membuka kempen kelayakan menentang Palestin pada 8 November ini.