Asia Tenggara

Vietnam Mahu Kekalkan Kim Sang-sik

Kim Sang sik Vietnam Malaysia Vietnam Mahu Kekalkan Kim Sang-sik
Vietnam FF

Vietnam berharap dapat mengekalkan khidmat Kim Sang-sik untuk tempoh dua tahun lagi.

Advertisement

TheThao247 melaporkan kontrak Sang-sik bersama Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) akan berakhir pada Februari 2027. Meskipun begitu, perancangan itu berubah apabila Piala Asia 2027 ditangguhkan sehingga Disember 2027.

Justeru, VFF sudah menghantar cadangan untuk memperbaharui kontrak Sang-sik untuk tempoh dua tahun. Apa yang menarik ialah tawaran gaji dan insentif yang dikemukakan dalam kertas cadangan itu.

VFF memaklumkan gaji dan insentif yang ditawarkan dalam kontrak baharu itu diselaras berdasarkan sumbangan Sang-sik terhadap bola sepak Vietnam.

Sebelum ini, bekas jurulatih Jeonbuk Hyundai Motors itu mendedahkan beliau bakal mengadakan perbincangan dengan VFF berhubung kontrak baharu. Sehingga artikel ini ditulis, kedua-dua pihak belum menyatakan sebarang persetujuan tentang perkara itu.

Sekiranya Sang-sik bersetuju dengan tawaran kontrak VFF, beliau dijangka terus mengemudi Vietnam sekurang-kurangnya sehingga tahun 2029.

Sejak dilantik membimbing pasukan itu pada Mei 2024, Sang-sik bukan saja membantu Vietnam muncul juara ASEAN Championship sebanyak dua kali.

Malah, beliau turut membimbing Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) meraih pingat emas Sukan SEA 2025.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...