Asia Tenggara

Shopee Cup: JDT Tepati Ramalan Kalahkan CAHN

Arribas CAHN JDT JST Shopee Cup: JDT Tepati Ramalan Kalahkan CAHN
Johor Southern Tigers

Aksi kedua Kumpulan B, ASEAN Club Championship 26-27 (ACC Shopee Cup) menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Cong An Hanoi FC, malam Khamis.

Advertisement

Pasukan kendalian Xisco Munoz tampil dengan kesebelasan terbaik apabila menurunkan trio serangan Shahab Zahedi, Arif Aiman dan Marcos Guilherme mengetuai jentera serangan skuad Harimau Selatan.

Sambil itu, anak buah Mano Polking tampil dengan barisan terbaik di laman sendiri dengan kapten pasukan, Doan Van Hau membawa cabaram besar wakil Vietnam itu.

Beraksi di Stadium Hang Day, JDT terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain sendiri, Nene yang tertampan bola melepasi kawalan penjaga gol, Andoni Zubiaurre seawal minit ketiga permainan.

Skuad Harimau Selatan melakukan tiga pertukaran pantas pada minit ke-28 apabila ketinggalan, termasuklah menukar penyerang, Shahab Zahedi dengan Jairo Da Silva.

Aksi 45 minit babak pertama tamat dengan kelebihan milik CAHN menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, JDT terus menggandakan usaha untuk mendapatkan momentum dan jaringan pertama.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Oscar Arribas apabola berjaya mencipta jaringan penyamaan buat JDT pada minit ke-51.

Momentum cemerlang itu berterusan selepas pemain sayap lincah, Marcos Guilherme meletakkan diri pada posisi terbaik untuk menerima hantaran daripada Jairo, sebelum melepaskan rembatan menewaskan Filip Nguyen pada minit ke-60.

Arribas sekali lagi meledak jaringan kedua peribadi untuk memastikan kelebihan terus menjadi milik skuad Harimau Selatan pada minit ke-86, sekali lagi menerusi serangan balas pantas.

Nguyen Quang Hai hampir berjaya merapatkan jurang pada minit akhir permainan, selepas berjaya meledak jaringan kedua CAHN dari jarak dekat, namun ia dibatalkan kerana ofsaid.

Tambahan masa empat minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kedudukan semasa menyaksikan JDT mengekalkan rekod bersih dua kemenangan selepas dua aksi dan mengumpul enam mata. CAHN pula tewas buat kali pertama pada peringkat Kumpulan B.

Aksi seterusnya menyaksikan JDT bakal Shan United di Stadium Sultan Ibrahim jam 8.00 malam (waktu Malaysia) manakala CAHN bakal melayan tentangan Svay Rieng 8.30 malam), masing-masing pada jam 10 Disember 2026.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...