Asia Tenggara

CAHN Hilang Tonggak Sebelum Jumpa JDT

Cong An Ha Noi FC 2 CAHN Hilang Tonggak Sebelum Jumpa JDT
Cong An Ha Noi FC

Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) terpaksa melupakan khidmat peledak berbisa mereka menjelang aksi terbaru Kumpulan B Shopee Cup menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisement

Penyerang yang dimaksudkan ialah penyerang muda Vietnam, Nguyen Dinh Bac. TheThao247 melaporkan Dinh Bac terpaksa berehat antara empat hingga enam minggu.

Penyerang berusia 22 tahun itu terpaksa berehat kerana mengalami pelbagai kecederaan di bahagian lutut kanannya. Hal ini berlaku disebabkan Dinh Bac kerap bermain untuk CAHN dan Vietnam untuk tahun 2026.

Sejak dari awal tahun 2026, penyerang Vietnam itu dilihat lebih kerap bermain bersama dua peledak terkenal dunia, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo.

Dinh Bac beraksi sebanyak 48 perlawanan untuk CAHN dan Vietnam. Mbappe pula sudah mengharungi 50 perlawanan di peringkat kelab dan negara dengan Ronaldo (42 perlawanan).

Lantas, tidak hairanlah jurulatih CAHN, Mano Polking merasa bimbang dengan keadaan Dinh Bac. Bekas jurulatih Thailand itu mengingatkan bahawa penyerang muda itu juga memerlukan rehat selepas beraksi tanpa henti untuk kelab dan Vietnam.

“Kita semua sayangkan Dinh Bac. Beliau seorang pemain yang bagus. Jika anda tanya saya sama ada kelab atau skuad kebangsaan lebih penting, saya akan kata skuad kebangsaan.

“Tetapi tiada siapa pun di sini ialah robot. Ini terpakai kepada Dinh Bac juga, walaupun nampak sihat tetapi masih perlukan rehat,” katanya dalam sidang media praperlawanan.

Ketiadaan Dinh Bac dijangka memaksa Polking merencana strategi alternatif. Aksi menentang JDT antara 10 aksi dalam semua kejohanan yang bakal ditempuh CAHN untuk baki tahun 2026.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...