“Bukan Sebab Saya, Tapi Orang Di Depan” – Syihan Hazmi
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements AnS

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi Mohamed melihat beliau bukan satu-satunya watak yang membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa bolos 100% dalam Liga Super setakat ini.

Penjaga gol kebangsaan itu melihat perkara ini tidak akan terjadi tanpa usaha keras barisan pemain pertahanan yang berada di hadapannya dalam setiap perlawanan.

“Alhamdulillah, semua rezeki daripada Allah Taala. Dan saya dan semua yang ada di depan saya (barisan pertahanan) bagi 100%.

“Bukan dalam padang saja, luar padang pun semua bagi 100%. Dan saya nak bagi pujian kepada pertahanan saya. Bukan sebab saya tapi orang di depan saya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

JDT terus mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam liga apabila mengalahkan Terengganu FC. Bergson da Silva, Oscar Arribas dan Shahab Zahedi masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

JDT juga masih belum dibolosi selepas enam perlawanan. Rekod itu berpotensi terhenti apabila Peteh dianugerahkan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di Gong Badak itu.

Walau bagaimanapun, kecekapan Syihan menafikan penalti penyerang Terengganu, Mateusinho memastikan gawang JDT kekal kebal.