Asia Tenggara

Shopee Cup: Cong An HCMC Kejutkan Buriram United

Buriram United Cong An HCMC ASEAN United Shopee Cup: Cong An HCMC Kejutkan Buriram United
ASEAN United

Buriram United terpaksa meninggalkan Vietnam dengan tangan kosong apabila tewas mengejut di tangan wakil negara itu, Cong An Ho Chi Minh City FC (CAHCMC FC).

Advertisement

Selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Ratchaburi, anak buah Raul Caneda berharap dapat meneruskan rentak kemenangan dalam Shopee Cup. Ini ditambah dengan pasukan itu belum merekodkan kemenangan dalam Kumpulan A.

Buriram turun menghadapi CAHCMC tanpa beberapa tonggak termasuk tonggak veteran, Theerathon Bunmathan. Ini disebabkan mereka beraksi untuk Thailand untuk aksi final King’s Cup menentang Tajikistan.

Buriram hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Goran Causic. Malangnya, percubaan beliau dinafikan penjaga gol utama Vietnam, Le Giang Patrik.

Bekas penjaga gol Filipina, Neil Etheridge turut beraksi cemerlang buat pelawat. Etheridge bertindak pantas menafikan percubaan penyerang CAHCMC, Michael Olaha pada minit ke-37.

Bersambung selepas rehat, Caneda membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan dua tonggak import, Caju dan Stefan Schimmer.

Malangnya, benteng CAHCMC diketuai Le Giang terus menjadi penghalang buat Buriram United. Sebaliknya, Nguyễn Thái Quốc Cườn muncul wira tuan rumah dengan meledakkan gol pada minit ke-89.

Gol itu memastikan Buriram berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan satu mata. Cong An HCMC pula ke persada kumpulan dengan empat mata.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...