Selepas memilih meninggalkan Malvern Town, Kobe Chong akhirnya mendapat kelab baharu.
Pemain sayap berusia 25 tahun itu memilih menyertai kelab bukan liga Inggeris, Leighton Town. Perpindahan beliau diumumkan menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab itu.
“Kami sukacita mengumumkan perpindahan penyerang, Kobe Chong selepas meninggalkan Malvern Town. Pemain berusia 25 tahun itu telah menghabiskan masa di beberapa kelab peringkat ini termasuk Worcester dan Stourbridge musim lalu,” katanya.
Berita perpindahan bekas pemain remaja West Brom itu turut dikongsikan Harimau Abroad.
Kobe hanya sempat bersama Malvern Town selama tiga bulan sebelum memilih menyertai Leighton Town. Separuh pertama musim 2026 menyaksikan beliau bersama Stourbridge.
Selain Worcester, West Brom, Stourbridge dan Malvern Town, beliau juga pernah mewakili Kettering Town, Alvechurch, Barwell, St. Ives Town, King’s Lynn dan Peterborough United.